30 May
CARA MEMBINA PERENGGAN PENUTUP/KESIMPULAN

Cara membina perenggan kesimpulan

Setelah membina karangan isi, karangan yang lengkap haruslah ditutupi dengan karangan penutup ataupun kita boleh kenal pasti sebagai perenggan kesimpulan.

Penulis mengambil contoh daripada salah satu penulis blog yang menyediakan tatacara penulisan karangan kesimpulan pada perenggan terakhir. Perenggan terakhir ataupun perenggan kesimpulan dan penutup ini boleh diselitkan beberapa aspek iaitu membuat kesimpulan umu, menyatakan saranan, menyatakan harapan, menyatakan pendirian dan memasukkan ungkapan menarik.

Berikut merupaka satu contoh karangan penutup yang baik.

            Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk melaksanakan langkah-langkah yang telah dinyatakan tadi untuk memastikan aktiviti kemasyraakatan seperti gotong-royong ini berupaya menarik minat setiap golongan dalam kalangan masyarakat kita.Langkah-langkah ini perlu dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh supaya matlamat untuk melahirkan masyarakat prihatin dan hidup dalam suasana penuh harmoni dapat dilahirkan.Saya berharap, masyarakat di negara kita menjadi masyarakat yang sentiasa mementingkan amalan murni dalam masyarakat dan memanfaatkan masa terluang mereka dengan melibatkan diri dalam program gotong-royong yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Harapan saya, suatu masa nanti masyarakat kita mampu dijadikan model masyarakat cemerlang. Masyarakat madani dan disegani di persada antarabangsa dek keakrabaan hubungan antara satu sama lain. Seandainya visi ini berjaya kita realisasikan, maka kita mampu meletakkan nama negara dalam kalangan negara yang terbilang dari segi ketinggian moral dan akhlaknya dan kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan masyarakat negara-negara maju yang tersohor dari segi kemasyarakatan.Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengorak langkah seiring sejalan menjayakan program yang dirancang dengan penuh swadaya.

Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING