Umum mengetahui, bagi membina satu karangan yang lengkap, tiga aspek utama dalam membina karangan mestilah diselitkan iaitu perenggan pendahuluan, perenggan isi dan juga perenggan penutup ataupun perenggan kesimpulan. Oleh itu, disini penulis memberikan tips mudah untuk membina karangan yang lengkap berdasarkan pemahaman dan juga pendapat yang penulis ingin sampaikan.
Pertama sekali, pelajar mestilah mencari tema melalui pembacaan tajuk yang disediakan melalui pemberian soalan kepada pelajar. Oleh itu, pelajar mestilah membaca soalan terlebih dahulu agar memudahkan merangka karangan yang selari dengan kehendak soalan.
Setelah membaca soalan yang diberikan, pelajar boleh memahami dan cuba untuk membina rangka karangan dengan menyediakan perenggan pendahuluan, isi dan juga perenggan penutup. Bagi karangan pendahuluan, penulis memberikan tips yang boleh digunakan iaitu dengan menggunakan kaedah I K T H H .
Istilah I K T H H ini diperkenalkan oleh Ghazali Lateh pada tahun 2014. Penulis juga menyarankan teknik seperti ini untuk digunakan dalam karangan pendahuluan. Setiap abjad tersebut membawa maknanya yang tersendiri.
I membawa maksud Isu
K membawa maksud Kesan
T membawa maksud Tindakan umum
H membawa maksud Hasil tindakan
H membawa maksud hubungkaitkan dengan soalan
Penulis juga telah menyediakan video yang akan menerangkan lagi bagaimana istilah ini digunakan dalam membina karangan pendahuluan pada pautan berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=_ZUHRVaajl8