30 Apr
KAEDAH PENGOLAHAN AYAT

Kaedah Pengolahan

Kaedah pengolahan ayat memerlukan beberapa ciri utama dalam membina karangan yang lengkap. Hal ini kerana, ciri-ciri yang diterangkan penulis kelak mempengaruhi makna karangan, indah tatabhasa atau gramatis ayat, dan pelbagai lagi. Oleh demikian, pelajar mestilah menguasai ciri-ciri yang pada pandangan penulis wajar untuk dipelajari dan diaplikasikan dalam penulisan karangan. Dengan itu, pelajar dapat menghasilkan sebuah karangan yang gramtis dan kritis dari segi penyampaian isi dan juga olahan.

Pada pendapat penulis, ciri pertama yang patut dikuasai ialah penguasaan perkataan-perkataan lazim ataupun pengetahuan tentang perbendaharaan yang meluas. Kaedah pengolahan ini lebih mementingkan perbendaharaan kata yang digunakan oleh pelajar untuk mengolah ayat. Hal ini kerana, pelajar selalu menggunakan perkataan lazim untuk membina karangan. Dengan adanya penggunaan dan pengenalan keapda perkataan baru dalam karangan akan menyebabkan pelajar lebih kritis dan matang dalam penggunaan perkataan dan juga pengolahan ayat. Penggunaan ayat dan juga frasa yang betul akan meningkatkan lagi kegramatisan ayat dalam karangan yang dibina. Dengan itu, pembaca akan dapat memahhami olahan ayat yang digunakan.

            Oleh Itu, penulis menyarankan beberapa ciri yang lain yang patut dikuasai oleh pelajar bagi membina satu karangan yang matang dan kritis.

  • Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.
  • Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.
  • Menambah pengetahuan dengan banyak keretan akhbar dan membaca.
  • Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.
  • Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.
  • Libatkan diri di dalam aktiviti forum, bahas dan pidato.
  • Tawar diri untuk menjadi pengerusi majlis dalam setiap program sama ada yang kecil mahupun yang besar

Penulis ingin menerangkan mengapa penglibatan melalui percakapan ataupun pertuturan juga sangat penting dalam membina sebuah karangan. Hal ini kerana, bidang pidato, forum, berbahas ini merupakan salah satu medium utama untuk membantu pelajar membina ayat dengan matang. Hal ini kerana, kebanyakan pemidato akan menggunakan perkataan yang luar daripada kelaziman untuk digunakan. Bidang ini juga membantu para pelajar untuk berfikiran pantas dalam membina klausa dan terjemahkan kepada ayat yang lengkap.


Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING