Laman sesawang ini ditubuhkan oleh seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil bidang Bahasa Melayu dengan pendidikan ataupun program kod AT-05 iaitu Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian. Berumur 22 tahun dan bakal bergraduasi pada tanggal 21 Julai 2021 kelak. Bakal memegang gelaran warga pendidik akan datang, saya berasa bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu kepada semua orang agar tidak ketinggalan tidak kiralah usianya berapa terutamanya ilmu dalam bidang Bahasa Melayu ini. Hal ini kerana, Bahasa Melayu bukanlah satu subjek ataupun mata pelajaran yang senang untuk didalami melainkan kefahaman yang tinggi yang perlu ada. Oleh itu, saya berharap agar penyampaian ilmu yang saya laksanakan ini akan dapat diiterima baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar saya khususnya dan juga kepada orang awam pada amnya.

ZULIZAM BIN NASIP@ZULANI image
I BUILT MY SITE FOR FREE USING