01 Jun
01Jun

Zaman beredar dengan begitu pantas menyelimuti pendidikan negara dengan selimut teknologi yang membawa kepada banyak perubahan dan juga kesenangan kepada pelbagai pihak. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkutaliti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha yang strategic yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualitiyang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran abad-21.

            Oleh yang demikian, pengaplikasian TPAK / PTPK ini sangatlah penting dalam sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru yang mendidik pelajar. Hal ini kerana, dengan adanya pengaplikasian PTPK ini dalam sesi pengajaran, matlamat utama akan dapat dicapai seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohai, intelek dan juga sosial. Oleh itu, guru memainkan perana yang sangat penting dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.

            Penulis akan menerangkan akronim yang digunakan iaitu PTPK, bermula dengan abjad P iaitu pengetahuan. T pula membawa maksud Teknologi. Guru kini menghadapi cabaran dalam kehidupan generasi Z yakni penuh dengan teknologi. Oleh yang demikian, guru-guru hendaklam mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pembelajaran agar dapat memudahkan pekerjaan serta dapat bersama-sama menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin.

            Abjad seterusnya ialah P yang membawa maksud kepada Pedagogi. Pedagogi merupakan seni penampaian pengajaran kepada pelajar. Setiap guru mempunyai pedagogi ataupun daya tarikan serta cara mengajar mereka masing-masing. Dengan adanya pedagogi yang mudah diterima oleh pelajar, minat dalam pembelajaran akan dapat dipupuk secara perlahan.

            K membawa maksud kandungan yakni kandungan sukatan pelajaran yang ingin disampakan melalui kelas hendaklah dikuasai penuh oleh guru agar dapat memberikan penerangan dan kefahaman yang baik kepada pelajar.

            Jelas sekali bahawa, PTPK yakni akronim kepada Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan adalah satu garapan yang utuh yang membawa kepada satu kebaikan yakni akan memberikan impak positif kepada para pelajar apabila kesemua elemen ini dikuasai oleh guru dan seterusnya diaplikasikan oleh pelajar dalam kehidupan seharian.

Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING